Thursday, May 14, 2009

PROGRAM KHEMAH KERJA , GENERASI BEBAS JENAYAH

Program Khemah Kerja Generasi Bebas Jenayah merupakan program anjuran Jabatan Belia & Sukan Labuan yang diadakan pada 7 hingga 10 Mei yang lalu bertempat di Kompleks Belia & Sukan (P) Negeri Sabah. Program yang disertai seramai 80 orang peserta dari WP Labuan ini telah dikendalikan dengan kerjasama pihak JI Training , dimana 4 orang kakitangan syarikat telah di jemput untuk menjadi Fasilitator bagi Program ini. Mereka yang telibat adalah Encik Basran Bin Yunus ( Pengurus Besar JI Training) , Encik Sapar Kassim(Pegawai Latihan) Cik.Faddelah Fandey( Pegawai Pengurusan) dan Cik Syahira Ag.Besar( Setiausaha Syarikat). Selain daripada pengisian ceramah daripada Agensi Kerajaan , para peserta juga dibawa untuk melihat sendiri kehidupan di Pusat Serenti Papar(Puspa) selain kerja-kerja amal di Kg.Hulu , Putatan , Sabah. Majlis Penutup untuk program ini telah disempurnakan oleh YB.Dato Yahya Hussin , Timbalan Ketua Menteri Sabah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Jabatan Belia & Sukan Labuan Encik Ronnie Boniface Nugi dan Presiden Majlis Belia Labuan , Tuan Hj.Shuib Nasir.

Wednesday, May 13, 2009

Program Patriotisme Pemimpin Muda , Peringkat Negeri Sabah

Pada 2 hingga 4 Mei 2009 yang lalu , pihak Jabatan Belia & Sukan Labuan telah memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk mengendalikan program berkenaan. Program yang disertai seramai 75 orang belia yang berumur diantara 18 hingga 25 tahun ini mewakili sekolah dan juga institut yang terdapat di Negeri Sabah. Majlis Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hj.Hashim Hj.Sinto Penolong Pengarah Jabatan Belia & Sukan (P) Negeri Sabah.