Thursday, May 14, 2009

PROGRAM KHEMAH KERJA , GENERASI BEBAS JENAYAH

Program Khemah Kerja Generasi Bebas Jenayah merupakan program anjuran Jabatan Belia & Sukan Labuan yang diadakan pada 7 hingga 10 Mei yang lalu bertempat di Kompleks Belia & Sukan (P) Negeri Sabah. Program yang disertai seramai 80 orang peserta dari WP Labuan ini telah dikendalikan dengan kerjasama pihak JI Training , dimana 4 orang kakitangan syarikat telah di jemput untuk menjadi Fasilitator bagi Program ini. Mereka yang telibat adalah Encik Basran Bin Yunus ( Pengurus Besar JI Training) , Encik Sapar Kassim(Pegawai Latihan) Cik.Faddelah Fandey( Pegawai Pengurusan) dan Cik Syahira Ag.Besar( Setiausaha Syarikat). Selain daripada pengisian ceramah daripada Agensi Kerajaan , para peserta juga dibawa untuk melihat sendiri kehidupan di Pusat Serenti Papar(Puspa) selain kerja-kerja amal di Kg.Hulu , Putatan , Sabah. Majlis Penutup untuk program ini telah disempurnakan oleh YB.Dato Yahya Hussin , Timbalan Ketua Menteri Sabah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Jabatan Belia & Sukan Labuan Encik Ronnie Boniface Nugi dan Presiden Majlis Belia Labuan , Tuan Hj.Shuib Nasir.

No comments:

Post a Comment